CLICK it $$come

2010年7月3日星期六

PD nota

PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN LAIN


SISTEM PERBANKAN KONVENSIONAL
Sistem perbankan British yang diubahsuai mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM)
Berlandaskan prinsip komersial iaitu keuntungan dan kecekapan

CIRI PERBANKAN KONVENSIONAL
Beri faedah atas simpanan
Kenakan faedah atas pinjaman
Buat pelaburan
Utamakan keuntungan

SISTEM PERBANKAN ISLAM
Berlandaskan prinsip Islam
Tiada amalan riba dan faedah

PERBEZAAN SISTEM PERBANKAN KONVENSIONAL (SPK) DENGAN SISTEM PERBANKAN ISLAM (SPI)


SPK SPI
- Mengandungi unsur riba - Mengharamkan unsur riba
- Tertakluk kepada peraturan BNM - Tertakluk kepada peraturan BNM dan
hukum syarak
- Bebas melabur dalam semua sektor
termasuk perjudian - Melabur hanya di tempat halal /tidak
meragukan
- Penasihat terdiri daripada pakar
perbankan konvensional sahaja - Penasihat terdiri daripada ulama,ahli
akademik dan pakar perbankan Islam

JENIS BANK
Bank pusat
Bank perdagangan dan Bank Islam
Bank Saudagar
Bank Badan Berkanun
Bank Koperasi

FUNGSI BANK NEGARA MALAYSIA
Mengeluarkan dan mengawal mata wang Negara
wang kertas dan syiling
kawal kiriman wang ke luar Negara
Menjadi jurubank kepada kerajaan
sediakan khidmat kewangan kepada kerajaan
sebagai penasihat pelaburan kerajaan
jual bil perbendaharaan / surat jaminan kerajaan


Laksanakan dasar kewangan kerajaan
awasi tahap kredit
tetapkan nisbah rizab berkanun / aset mudah tunai
Menjadi jurubank kepada bank perdagangan
sumber pinjaman terakhir

FUNGSI BANK PERDAGANGAN
Terima simpanan - akaun simpanan / tetap/ semasa
Beri kemudahan pembiayaan – pinjaman / overdraf
Beri kemudahan pembayaran – pindahan kredit / arahan tetap
Beri perkhidmatan lain – kad kredit / peti simpanan selamat

FUNGSI BANK SAUDAGAR
Terima simpanan dari syarikat besar
Beri pinjaman
Beri khidmat nasihat korporat
Urus pelaburan syarikat berhad
Tangung jamin terbitan syer

FUNGSI BANK BADAN BERKANUN
Bank Simpanan Nasional
Terima simpanan – akaun simpanan/tetap
Beri pinjaman – untuk beli rumah/kereta
Tawar kad kredit – kad Visa Klasik /Kad Visa Emas
Sedia perkhidmatan perbankan Islam- akaun simpanan Wadiah

Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad
Biaya aset tetap - tanah / bangunan
Biaya modal kerja – beli bahan mentah/stok barang niaga
Sedia skim kilang bimbingan – beri modal / khidmat nasihat
Sedia tabung usahawan baru – bagi sektor pembuatan/pelancongan
Sedia modal asas untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

Bank Pertanian Malaysia
Beri pinjaman – beli tanah/ mesin
Terima simpanan – akaun simpanan/tetap
Beri kemudahan sewa jentera
Anjur kursus / latihan kepada usahawan bumiputera


FUNGSI BANK KOPERASI
Terima simpanan
Beri pinjaman
Tawar perkhidmatan perbankan Islam



BANK ISLAM
Bank Islam berdasarkan hukum Islam dan peraturan syariah.
Contoh Bank Islam iaitu Bank Islam Malaysia Berhad (BIBM) dan Bank Muamalat Berhad.
tertakluk kepada Akta Bank Islam 1983.
Ciri iaitu;
· Riba iaitu bunga atau faedah tidak dibenarkan
· Mudharabah dan musyarakah (amalkan konsep perkongsian untung rugi)
· Maisir iaitu perjudian tidak dibenarkan
ada tiga konsep:
· Wadiah
· Mudharabah
· Musyarakah


PERKHIDMATAN BANK PERDAGANGAN

Menerima simpanan
Akaun Simpanan
amaun simpanan yang kecil
boleh keluar bila-bila masa
dapat faedah
dapat kemudahan kad teller automatik

Akaun Semasa
Sesuai dibuka oleh peniaga
Dapat guna cek
Tidak dapat faedah
Perkhidmatan dikenakan caj
Boleh dapat kemudahan lain seperti overdraf /pindahan kredit

Akaun Simpanan tetap
Simpanan mengikut tempoh – 3 bulan/ 6bulan
Simpanan minimum ditetapkan oleh bank
Kadar faedah lebih tinggi dari Akaun Simpanan dan ikut tempoh
Bank beri sijil simpanan tetap – tidak boleh pindah milik tetapi boleh dicagar

Kemudahan Pembayaran
Pindahan kredit
Bayaran terus ke akaun penerima
Boleh bayar kepada beberapa penerima dengan guna sekeping cek
Sesuai untuk bayar gaji / jelaskan hutang
Selamat dari risiko kehilangan cek / cek tak laku
Hanya sesuai untuk penerima yang ada akaun di bank

Arahan tetap
Arahan bertulis oleh pemegang akaun kepada bank
Untuk bayaran tetap /berkala seperti sewa / insurans
Dapat bayar secara konsisten / tepat masa
Tidak perlu ingat tarikh bayaran
Elak dikenakan surat peringatan tidak membayar hutang

(c) Pindahan elektronik/ telegraf / mel

i. Pindahan elektronik
- cara membayar paling pantas
- wang boleh dipindahkan dari akaun pelanggan kepada akaun pemiutang di mana-mana bank secara on-line / guna kad ATM
ii. Pindahan telegraf
Cara bayaran pantas ke luar Negara
Bank arah bayaran dibuat melalui teleks ke cawangannya di luar Negara
Pelanggan dikenakan komisen/caj
iii. Pindahan mel
Sama seperti pindahan telegraf, cuma arahan dihantar melalui mel

(d) Draf Bank
Cek yang dikeluarkan oleh bank atas permintaan pelanggan
Untuk bayar hutang/bil tertentu
Bayaran terjamin
Draf bank boleh dipalang- tidak boleh ditunai tetapi mesti didepositkan dalam akaun penerima

(e) Cek Jurubank
Dikenali sebagai perintah juruwang
Perintah yang dikeluarkan oleh bank atas arahan pelanggan untuk bayaran tertentu kepada penerima dalam daerah yang sama
Kena bayar komisen
Cara selamat buat bayaran dalam amaun yang besar
Cara bayaran yang meyakinkan penerima

3. Kemudahan Pembiayaan
(a) Pinjaman
- Wang yang dipinjam oleh bank kepada pelanggannya setelah memenuhi syarat
- Contoh: pinjaman untuk beli tanah/ bangunan
- Kelulusan berdasarkan nilai cagaran/kemampuan bayar balik
- Dikenakan faedah
- Faedah atas pinjaman bergantung kepada tempoh pinjaman/cagaran
- Dua bentuk pinjaman : Pinjaman bercagar dan Pinjaman tidak bercagar
- Pinjaman bercagar – ada cagaran yang nilainya lebih tinggi dari nilai pinjaman seperti geran tanah /geran rumah
- Pinjaman tidak bercagar – tiada cagaran hanya bergantung kepada kepercayaan bank dan pihak penjamin

(b) Overdraf
- Satu bentuk wang pendahuluan
- Cara mudah/segera pinjam wang dari bank oleh pemegang akaun semasa
- Boleh keluarkan wang lebih dari jumlah yang ada dalam akaunnya
- Faedah dikenakan terhadap amaun overdraf yang digunakan mengikut kadar harian

FAKTOR YANG DIPERTIMBANGKAN UNTUK MENDAPAT PINJAMAN DAN OVERDRAF

i. Tujuan pinjaman / overdraf
- mesti sesuai dengan syarat bank/ perlaburan yang berpotensi
ii. Kedudukan kewangan
- baik/boleh dipercayai
iii. Nilai cagaran
- mesti lebih tinggi daripada jumlah pinjaman
iv. Dasar bank pusat
- Utamakan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

4. Perkhidmatan Lain
(a) Kad Kredit
- sejenis kad yang bolehkan pemiliknya membeli-belah tanpa wang tunai
- pemilik kad berhutang dengan pihak bank
- dikenakan caj perkhidmatan
- boleh juga digunakan untuk bayar sewa hotel / tempah tiket penerbangan

(b) Peti simpanan selamat
- Untuk simpan barang berharga seperti barang kemas/geran tanah
- Dikenakan caj

(c) Perbankan elektronik (e-banking)
- Urusniaga melalui komputer peribadi/telefon bimbit
- pantas/mudah/ jimatkan kos

(d) Tukaran mata wang asing
- contoh: Ringgit Malaysia tukar kepada Yen Jepun


(e) Cek Kembara
- dijual kepada pelanggan yang hendak ke luar negara
- tidak perlu bawa wang dengan banyak/ elak risiko kecurian
- dijual dalam mata wang Dolar Amerika / Yen Jepun
- boleh ditunai serta-merta /di mana-mana cawangan bank di negara asing

(f) Jaminan jurubank
- Jaminan bank kepada pihak tertentu bahawa bank akan membayar segala hutang pelanggannya jika pelanggannya tidak siapkan projek / jelaskan hutang
- Perlu beri deposit kepada bank untuk dapatkan jaminan
- Deposit ini akan digunakan oleh bank untuk membayar hutang jika pelanggan tidak dapat siapkan projek

(g) Perbankan Islam
- Terima simpanan - Akaun Simpanan Wadiah/Akaun Semasa Wadiah/Akaun Pelaburan Mudharabah
- Beri kemudahan pembiayaan – Ijarah / Al Rahnu

CEK

Maksud Cek
Dokumen perintah bertulis
oleh penyimpan akaun semasa
kepada pihak bank dan mengarahkannya untuk membuat bayaran
sejumlah wang tertentu
pada tarikh tertentu
kepada menerima atau pembawa cek apabila dituntut.


Pihak-pihak Dalam Sekeping Cek
· Pesuruh bayar - bank yang mengeluarkan cek
· Penyuruh bayar - orang / pihak yang menandatangani cek
· Penerima - orang / pihak yang menerima bayaran
[orang / pihak yang namanya tercatat pada cek]

Jenis Cek
terdapat dua jenis iaitu;
· cek terbuka
· cek berpalang




Contoh Cek dan Maklumat dalam Cek


Perkataan “atau pembawa”


Bukti duti setem
Alamat Bank Nama Bank telah dibayar Kod bank Tarikh





















Kod
Urusniaga
Nombor cek Jumlah dalam
Nama penerima perkataan Tanda tangan
Kod Bank Nombor akaun penyuruhbayar
penyuruh bayar

Jumlah dalam angka

Cek Terbuka
ada dua jenis iaitu;
· Cek Pembawa
ada perkataan “atau pembawa” yang tidak dipotong
cek ini boleh ditunaikan di kaunter bank oleh penerima atau sesiapa sahaja
nama penerima boleh diganti dengan perkataan “Tunai”
cek ini tidak selamat
· Cek Perintah
perkataan “atau pembawa” telah dipotong
boleh ditunaikan oleh penerima di kaunter bank dengan menunjukkan kad pengenalan
boleh dimasukkan ke dalam akaun penerima
masih kurang selamat

Cek Berpalang
cek yang mempunyai dua garisan selari melintangi permukaannya sama ada ditengah-tengah atau di penjuru atas sebelah kiri
cek tidak boleh ditunaikan di kaunter bank
mesti dimasukkan ke dalam akaun bank
cek ini lebih selamat
ada tiga jenis iaitu;
· Cek Berpalang Am
- ada 3 jenis iaitu dalam palang;
à tidak ditulis dengan sebarang perkataan
à ada perkataan “& Co.”
à ada perkataan “Tak Boleh Niaga”
à tidak boleh dipindah milik

· Cek Berpalang Khas
penerima cek mesti memasukkan cek ini ke dalam akaun bank yang dinyatakan dalam palang



contoh:
· jika dalam palang ada tulis “Maybank”
à penerima cek / sidibayar mesti masukkan cek ini ke dalam akaunnya di mana-mana cawangan Maybank

· jika dalam palang ada tulis “Maybank , Tapah”
à penerima cek / sidibayar mesti masukkan cek ini ke dalam akaunnya hanya di Maybank Tapah.

Perbezaan Cek Terbuka dengan Cek Berpalang


CEK TERBUKA CEK BERPALANG
1. Tiada garisan selari pada muka cek 1. Ada dua garisan selari pada muka cek
2. Boleh ditunaikan dikaunter bank 2. Mesti didepositkan dalam akaun

3. Tidak selamat
3. Selamat kerana cek boleh ditahan pembayaran

Sebab Cek Berpalang dibuat
Penyuruh bayar tidak mahu cek itu ditunaikan
Cek hendak dimasukkan kedalam akaun bank tertentu
Untuk menjadikan cek lebih selamat
Apabila penerima tidak mahu cek terbuka
Kelebihan Cek sebagai alat pembayaran
Mudah digunakan kerana boleh guna untuk sebarang nilai
Tidak perlu mengira wang tunai
Boleh dihantar melalui pos
Selamat kerana tidak perlu membawa wang tunai
Selamat digunakan kerana telah berpalang / elak risiko kecurian
Sebagai bukti pembayaran
Boleh tangguh pembayaran dengan penggunaan cek bertarikh hadapan
Murah jika dibandingkan dengan cara bayaran lain
Boleh batalkan pembayaran

Kekurangan Cek sebagai alat pembayaran
Cek bukan wang sah
hanya boleh digunakan jika penerima mahu menerimanya
Lambatkan proses terima wang
penerima cek terima wang bila cek telah ddijelaskan
Penerima cek perlu bayar komisen
Boleh berlakunya penipuan / pemalsuan
kerana butir dalam cek boleh dicetak / tanda tangan boleh ditiru
Penerima cek terima cek tak layan
hutang tidak dapat dikutip / peniaga rugi

Lain-lain Jenis Cek

Cek Bertarikh Hadapan
cek yang ditulis dengan tarikh akan datang
contoh: cek dikeluarkan pada 7.1.2004 tetapi ditulis dengan tarikh 31.1.2004
penerima akan hanya terima bayaran pada atau selepas tarikh matang
dalam contoh di atas penerima akan hanya menerima bayaran pada atau selepas 31.12.2004
sebelum tarikh matang, cek ini menjadi cek tak laku

Cek Mati
cek yang tempoh pembayarannya telah tamat
biasanya cek bank perdagangan laku dalam tempoh 6 bulan manakala cek Bank Negara laku dalam tempoh 3 bulan dari tarikh cek dikeluarkan
contoh: Cek Bank Negara yang dikeluarkan pada 1.1.2004 akan menjadi cek mati mulai pada 1.4.2004

Cek Dalaman
cek yang dikeluarkan kepada penerima yang juga mempunyai akaun di bank yang sama dengan penyuruh bayar
cek boleh ditunaikan serta merta dikaunter bank
Cek Bertanda
penerima cek dijamin akan menerima bayaran sehingga tarikh tertentu
perkataan “Baik untuk pembayaran sehingga ………..” akan ditulis pada muka cek
contoh: “Baik untuk pembayaran sehingga 3.3.2002” [penerima cek dijamin akan mendapat bayaran sehingga tarikh 3.3.2002]

Cek Kosong
cek yang telah diisi maklumat dengan lengkap dan ditanda tangani KECUALI amaun jumlah dalam perkataan dan angka
cek ini digunakan apabila penyuruh bayar tidak tahu jumlah bayaran yang sepatutnya dibayar kepada sidibayar
sebagai langkah keselamatan, perkataan “tidak melebihi RM…….” akan ditulis pada cek

Cek Tak laku
cek yang tidak diterima oleh bank untuk pembayaran
sebab cek menjadi cek tak laku:
· cek bertarikh hadapan
· cek kotor/rosak/koyak
· cek kosong
· cek mati
· jumlah dalam angka dan perkataan tak sama
· baki dalam akaun penyuruh bayar tidak cukup
· penyuruh bayar mati / gila / muflis sebelum cek ditunaikan
· tiada tanda tangan penyuruh bayar
· penyuruh bayar membatalkan cek yang dikeluarkan
· tanda tangan pada cek tidak sama dengan kad contoh tandatangan

Kebaikan Cek berbanding Kad Kredit
Cek mudah digunakan kerana tidak mengunakan alat teknikal
manakala Kad kredit perlukan alat khas atau untuk perniagaan tertentu sahaja.
Cek boleh digunakan pada bila-bila masa tanpa mengikut waktu perniagaan
manakala Kad kredit mengikut waktu perniagaan
Cek tidak ada had jumlah kerana tidak ada kredit limit
manakala Kad kredit ada kedit limit yang berdasarkan pendapatan pemilik
Cek selamat digunakan kerana boleh dipalang atau boleh ditahan pembayarannya
manakala Kad kredit tidak boleh dibatalkan
Cek boleh keluar cek lewat tarikh dan dapat kredit tanpa caj
manakala Kad kredit kena caj.




Kebaikan Cek Kembara Berbanding Cek
Cek Kembara boleh ditunaikan dimana-mana bank di luar negeri
manakala Cek hanya boleh ditunai sekiranya bank (pesuruhbayar) mempunyai cawangan di luar negeri.
Cek Kembara diterima oleh pelbagai pihak selain bank
kerana terjamin pembayarannya
oleh itu boleh ditunai bila-bila masa
manakala Cek hanya di terima pihak bank sahaja
dan boleh ditunai pada waktu pejabat sahaja.
Cek Kembara mudah ditunaikan/serta merta
manakala Cek perlu tempoh penjelasan/lambat
Cek Kembara laku sepanjang masa
manakala Cek mempunyai had tempoh lakunya/contoh 3 bulan


Sumber Kewangan Lain

Syarikat Kewangan
tidak menyediakan akaun semasa
perkhidmatan yang disediakan;
· Menerima simpanan
dalam bentuk akaun simpanan dan akaun simpanan tetap
· Membiayai / memberi pinjaman peribadi , pinjaman perumahan dan pinjaman sewa beli
· Menyewakan aset / menyediakan pajakan
dalam bentuk bangunan / ruangan pejabat
· Melabur dalam pasaran kewangan dan perniagaan
· Pembiayaan pajakan , projek perumahan dan pelaburan individu
- contoh: Public Finance , Maybank Finance

Syarikat Pajakan
Perjanjian antara syarikat pajak dengan pemajak bagi menyewa satu aset tertentu yang diperolehi daripada penjual
pemajak perlu membayar sewa sepanjang tempoh pajakan
sepanjang tempoh pajakan / sewaan, aset (mesin) itu adalah kepunyaaan syarikat pajakan.
contoh aset yang biasa dipajak seperti mesin, kenderaan dan premis
contoh syarikat pajakan : Sunsea Credit & Leasing Sdn. Bhd.
kebaikan:
· dapat menggunakan aset tanpa mengeluarkan modal
· boleh mendapatkan aset tanpa cagaran
· merupakan satu sumber modal tambahan
· mengurangkan pembayaran cukai



Syarikat Pemfaktoran
peniaga boleh menjual akaun belum terimanya / invois kepada syarikat pemfaktoran / bank untuk mendapatkan wang tunai dengan segera
jumlah wang tunai yang diterima oleh peniaga adalah jumlah nilai akaun belum terima / invois setelah ditolak kadar faedah dan bayaran perkhidmatan antara 1 – 2 peratus atas nilai aset akaun belum terima / invois
contoh syarikat pemfaktoran : Public Leasing and Factoring Sdn. Bhd.
kebaikan:
· boleh mendapat wang tunai dengan segera
· dapat mengelakkan risiko hutang lapuk
· mengatasi masalah aliran tunai
· tidak perlu lagi mengawasi akaun belum terima

Syarikat Jaminan Kredit Malaysia
milik bersama Bank Negara Malaysia dengan semua bank perdagangan
ditubuhkan untuk bantu peniaga kecil mendapatkan pinjaman dari bank perdagangan
syarikat ini tidak beri pinjaman tetapi bertindak memberi khidmat nasihat dan jaminan kepada pinjaman yang telah diluluskan
peminjam boleh terdiri daripada individu, perkongsian, syarikat sdn.bhd., koperasi dan pertubuhan
Kebaikan:
· bank perdagangan tidak perlu risau risiko hutang lapuk dari pinjaman
· peminjam (peniaga) boleh dapat pinjaman tanpa cagaran yang banyak























INSURANS

ISTILAH DALAM INSURANS

Insurer - Syarikat insurans yang memberi perlindungan
Insured - Orang yang membili polisi insurans
Premium - Bayaran yang dijelaskan oleh insured untuk
Dapatkan perlindungan
Polisi - Perjanjian antara insurer dan insured
Pampasan - gantirugi yang dibayar jika berlaku risiko


PERANAN INSURANS

Kepada Peniaga
Melindungi dari risiko
Dapat pampas an jika risiko berlaku
Lebih yakin untuk majukan perniagaan

Kepada Individu
Melindungi individu dan keluarga dari risiko
Jaminan masa depan
Dapat pampasan jika berlaku risiko
Satu cara menabung
Jika mati – waris dapat pampasan

Kepada negara
Membangunkan ekonimi negara
Wang premium dilabur untuk bangunkan ekonimi
Atau untuk beli bon
Memberi peluang pekerjaan
Taraf hidup rakyat meningkat


SYARIKAT INSURANS BOLEH BAYAR GANTI RUGI BESAR WALAUPUN PREMIUM RENDAH KERANA:

Individu yang mungkin alami risiko yang sama berkumpul
Untuk menabung dalam satu dana
Jika berlaku risiko, sebahagian wang dari dana
Dikeluarkan untuk bayar pampasan
Lebihan wang dana dilabur
Bukan semua individu akan kena risiko
Yang ramai membantu yang sedikit


BEZA RISIKO BOLEH INSURANS DAN RISIKO TIDAK BOLEH INSURANS


RISIKO BOLEH INSURANS RISIKO TIDAK BOLEH INSURANS
·1 Risiko boleh dikira secara statistik. Ada rekod kejadian lalu ·2 Tidak doleh dikira. Tiada rekod kejadian
·3 Kadar premium boleh ditetapkan ·4 Kadar premium sukar ditetapkan
·5 Cth: Kebakaran,kecurian ·6 Cth: Perubahan fesyen, hutang lapuk


PRINSIP-PRINSIP INSURANS

Kepentingan boleh diinsurans
· Hanya boleh insuranskan nyawa/harta yang akan sebabkan kerugian jika berlaku risiko
· Tidak boleh insuranskan hak orang lain
· Untuk elakkan orang ambil kesempatan atas kesusahan orang lain

Penuh Percaya Mutlak
Insured mesti memberi maklumat benar
Insurer perlu terangkan polisi dengan jelas
Jika ada penipuan
Polisi terbatal

Indemniti
Untuk semua insurans kecuali insurans hayat dan kemalangan
Gantirugi dibayar setakat kerugian akibat risiko
Bukan untuk dapat untung


3 perkara yang diambilkira dalam indemniti:

a. Sumbangan
· Jika Insured ada 2 atau lebih polisi
· Bila risiko berlaku – gantirugi dibahagi sama rata antara syarikat insurans
b. Subrogasi
Selepas terima gantirugi
Aset adalah milik insurer
Insured tidak boleh tuntut lagi

c. Doktrin punca hampiran
Gantirugi hanya dibayar
Jika risiko disebabkan secara langsung oleh
Risiko yang diinsuranskan

JENIS INSURANS

INSURANS AM
Insurans Kemalangan
Insurans kebakaran
Insurans marin/penerbangan/Perkapalan
Insurans lain

INSURANS HAYAT
Insurans hayat seumur Hidup
Insurans hayat sementara
Insurans endowmen

JENIS INSURANS KEMALANGAN

Insurans Kenderaan Bermotor
Dibahagi kepada 2 jenis:

i) Insurans motor pihak ketiga
· Melindungi insured dari tuntutan pihak ketiga
· Pihak ketiga ialah pengguna jalanraya
· Insured tidak boleh menuntut ganti rugi
· Premium murah
· Semua kenderaan wajib sekurang-kurangnya polisi ini

ii) Insurans Motor Komprehensif
Melindungi insured dan pihak ketiga
Premium lebih mahal
Kenderaan yang disewa beli mesti ada polisi ini

Insurans Kemalangan Peribadi
Melindungi insured yang terlibat dalam kemalangan lain contohnya ditempat kerja.

Insurans Liabiliti Am
Melindungi pemilik perniagaan dari tuntutan orang awam
Jika risiko berlaku dipremis
Insurans Liabiliti Produk – melindungi pengeluar produk
Insurans Liabiliti Profesional- melindungi dari tuntutan orang awam

Insurans Liabiliti Majikan
Melindungi majikan dari tuntutan pekerja yang cedera/mati semasa kerja
Premium dibayar oleh majikan
Majikan mencarum dalam Perkeso
- Skim Pencen Ilat – perlindungan pekerja hilang upaya yang bukan disebabkan pekerjaan
- Skim bencana pekerjaan- kemalangan tempat kerja

Insurans Kebakaran
Melindungi peniaga dari risiko kebakaran
Premium bergantung kepada:
- Jenis bangunan
- Kedudukan bangunan
- Kegunaan bangunan
- Kemudahan keselamatan disediakan
- Tempoh lindungan
Insurans Hayat
Tujuan:
Menyediakan pendapatan kepada waris
Cara menabung untuk masa depan
Dapat balik simpanan dan bonus pada tarikh matang
Dapat pampasan jika risiko berlaku
Boleh buat pinjaman setelah beberapa tahun

JENIS POLISI INSURANS HAYAT

Insurans Hayat Seumur Hidup
· Premium dibayar seumur hidup atau ada had tertentu
· Pampasan dibayar kepada waris jika insured mati
· Jika insured hilang upaya/kritikal – pampasan akan diberi
· Beri perlindungan kepada waris

Insurans Endowmen
Bayar premium untuk tempoh tertentu
Jika tidak mati – wang dan bonus dapat balim pada tarikh matang
Jika mati awal pampasan dibayar pada waris
Satu cara menabung

Insurans hayat Sementara
Beri perlindungan mengikut tempoh
Jika mati waris dapat pampasan
Jika masih hidup premium hilang
Bukan satu cara menabung
Premium murah

Insurans Penerbangan
Beri perlindungan kepada kapal terbang /muatan/anak kapal dari risiko
Diambil untuk satu penerbangan atau satu tempoh tertentu
Untuk penumpang ada insurans berkelompok

Insurans Marin
Beri perlindungan kepada kapal/muatan/anak kapal dari risiko
Diambil untuk satu pelayaran atau satu tempoh tertentu
Jenis Insurans Lain:
· Insurans Kecurian - melindungi dari kecurian wang/harta
· Jaminan Setia – melindungi majikan dari pekerja tidak amanah
· Insurans kesihatan – perlindungan dari kos hospital
· Insurans pendidikan – membiayai belanja pendidikan anak
· Insurans Gadaian – untuk orang yang buat pinjaman

INSURANS SECARA ISLAM
KONSEP TAKAFUL:
Diuruskan berdasarkan hokum syariah
Guna 3 prinsip insurans biasa, ditambah:
a. Mudharabah – Perkongsian untung
b. Tabaruk – derma dengan ikhlas/wujud dana bersama

Dijalankan dengan asas:
Tiada Gharar – ketidakpastian
Tiada Maisir – perjudian
Tiada Riba – faedah

PRODUK SKIM TAKAFUL:
Takaful keluarga - seperti insurans hayat
Takaful Am – perlindungan kepada risiko lain spt kebakaran, kecurian, kemalangan

TATACARA MEMBELI INSURANS:
Hubungi ejen
Dapatkan maklumat tentang polisi dan syarat
Dapatkan borang, Isi dengan ‘Prinsip Penuh Percaya Mutlak’
Turunkan tanda tangan setelah persetujuan dicapai
Bayar premium
Dapatkan nota lindungan
dapatkan polisi asal ( Dalam masa 1 bulan)

TATACARA MEMBUAT TUNTUTAN:
Bila risiko berlaku:
buat laporan polis, bomba/hospital
dapatkan dokumentasi sebagai bukti
Dapatkan borang tuntutan dari insurer. Isikan butir:
Bila / Bagaimana berlaku
Jumlah kerugian
Hantar borang kepada insurer berserta:
Polisi / dokumen hak milik/geran
dokumen bukti / gambar –jika ada
Insurer buat siasatan samada:
Jumlah tuntutan benar
Syarat dalam polisi dipatuhi
Wujud unsure pengkhinatan
Jika semua OK , pampasan dibayar.
PENGANGKUTAN

Maksud
pindah barang dari satu tempat ke tempat lain dengan pelbagai jenis kenderaan sama ada melalui darat, air, udara atau saluran paip

Peranan Pengangkutan
Bawa barang
dari tempat lebih ke tempat kurang
selaras permintaan dan penawaran
stabilkan harga
- Edar barang ke merata dunia
pasaran lebih luas
pilihan pengguna banyak
Peniaga mudah dapat bekalan bahan mentah
Galakkan pengeluaran secara besar-besaran
Elakkan pembaziran
Memudahkan mobiliti / pergerakan tenaga buruh
Mengurangkan kos penyimpanan stok / kos gudang
Galakkan pertumbuhan ekonomi
mewujudkan peluang pekerjaan
mengurangkan kadar pengganguran
meningkatkan taraf hidup masyarakat
meningkatkan pendapatan negara
Galakkan penyebaran sains dan teknologi
Galakkan kemasukan pelaburan dan pelancongan
JENIS PENGANGKUTAN
terdapat empat jenis pengangkutan iaitu;
· Pengangkutan darat
· Pengangkutan laut
· Pengangkutan udara
· Saluran paip

PENGANGKUTAN DARAT
terbahagi kepada dua iaitu;
· jalan raya
· rel
Pengangkutan Jalanraya
terdiri daripada pengangkutan;
· haiwan - lembu, kuda
· kenderaan - lori, van

Kelebihan
Boleh serah barang dari pintu ke pintu
jimatkan masa
Kerja pemunggahan kurang
risiko barang rosak sedikit
Murah dan cepat untuk jarak dekat
sesuai bawa barang diperlukan segera
Tiada jadual perjalanan
Kemudahan kenderaan mudah didapati dan banyak
Mudah hubungi kawasan pendalaman
Kekurangan
Mahal dan lambat bagi jarak jauh
sebab kesesakan lalu lintas / kemalangan / kenderaan rosak
Ruang muatan terhad
Tidak sesuai mengangkut barang mudah pecah (contoh: kaca, seramik)
Kos penyelenggaraan tinggi
- Pembaziran tenaga buruh

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Bidang tugasnya:
· Daftar kenderaan bermotor
· Keluarkan lesen kenderaan dan cukai jalan
· Uji dan keluarkan lesen memandu
· Keluarkan permit sekolah memandu
· Kawal dan tetapkan tambang kenderaan awam
· Kuatkuasakan undang-undang jalan raya
· Uji dan memberi lesen kepada konduktor bas
· Kerjasama dengan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan dalam urusan perlesenan kenderaan komersil

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)
Bidang tugasnya:
· Kawal kegunaan pengangkutan kenderaan awam seperti teksi dan bas demi menjaga kepentingan orang awam
· Keluarkan lesen kenderaan perkhidmatan awam dan lesen kenderaan perdagangan iaitu;
Ø Lesen Pembawa A
benarkan kenderaan bawa barang orang lain / untuk disewa
Ø Lesen Pembawa C
hanya benarkan kenderaan bawa barang sendiri
kenderaan tidak boleh disewa

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)
Bidang tugasnya:
· Periksa dan uji kenderaan komersil dan pastikan selamat digunakan
Pengangkutan Rel
contoh seperti relbas, kereta api, komuter, LRT

Kelebihan
Murah dan cepat bagi jarak jauh
Ruang muatan lebih luas
Sesuai untuk bawa barang pukal / berat / kuatiti banyak / bernilai rendah
seperti kayu balak , simen, pasir
Lebih selamat / kurang kemalangan dan selesa
Masa bertolak dan tiba diketahui
mudahkan peniaga hantar / tunggu barang
Ada gerabak khas untuk bawa barang
Contoh: gerabak bertangki – petrolium , simen, susu getah
gerabak panjang / terbuka – kayu balak, kontena
ada kemudahan kontenarisasi
Kekurangan
Mahal dan lambat bagi jarak dekat
Tiada perkhidmatan pintu ke pintu
Banyak kerja pemunggahan
risiko barang rosak / hilang tinggi
Tidak fleksibel kerana arah dan masa perjalanan ditetapkan
Kos penyelenggaraan tinggi
Rangkaian perkhidmatan keretapi terhad – tidak semua bandar dihubungkan dengan perkhidmatan kereta api

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
Bidang tugasnya meliputi:
· Sediakan landasan, stesen, menetapkan jadual perjalanan dan tambang
· Sediakan dua perkhidmatan utama iaitu:
+ keretapi penumpang à keretapi mel, ekspres, komuter
+ keretapi barang / kargo à gerabak bertangki


PENGANGKUTAN LAUT

sangat penting dalam perdagangan antarabangsa
terdiri daripada:
· Perkapalan antarabangsa
- belayar merentasi lautan besar
- contoh: kapal kargo, kapal kerentan, kapal penumpang
· Perkapalan dalam negeri
- belayar sepanjang pantai
- contoh: feri, kapal pesisir pantai

Jenis kapal
· Kapal kargo
kapal khas bawa kargo dan sedikit penumpang
belayar ikut jalan dan jadual tetap
hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
tidak dapat dicarter tetapi ruangnya boleh disewa
tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
terdapat pelbagai jenis kapal kargo khas iaitu:
+ kapal kontena à khusus untuk membawa kontena
+ kapal tangki à khusus untuk membawa petrolium, bahan kimia, gas asli cecair
+ kapal penyetoran sejuk à ada bilik sejuk untuk simpan daging, sayur

· Kapal kerentan (kapal tramp)
kapal khas bawa kargo pukal sahaja seperti kayu balak, bijih timah
boleh ditempah / sewa atau dicarter
tidak belayar ikut jalan dan jadual yang tetap
belayar ke mana-mana destinasi mengikut arahan pencarter / penyewa
kapal boleh dicarter untuk satu pelayaran (carter perjalanan) atau untuk satu tempoh (carter masa)
boleh dicarter / sewa di Pasaran Baltik
tambang boleh ditawar

· Kapal penumpang
kapal yang bawa penumpang, mel dan sedikit kargo
belayar ikut jalan dan jadual yang tetap
hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan

· Kapal pesisir pantai
digunakan sepanjang pantai untuk hubungkan bandar tepi pantai dengan pelabuhan
tujuannya untuk bawa barang kegunaan dalam negeri dan barang yang dihantar ke pelabuhan utama untuk dieksport
contoh: Pelayaran dari pelabuhan Port Dickson ke Pelabuhan Klang
Kelebihan Kapal Kerentan
Sesuai bawa barang pukal seperti kayu balak
Boleh dicarter seluruh kapal
Bebas belayar bila-bila masa
sebab tiada jadual khas
- Boleh disewa untuk satu pelayaran / carter pelayaran
- Boleh disewa untuk satu jangka masa perjalanan / carter masa
- Destinasi kapal ditentukan sendiri oleh penyewa
Tambang kapal boleh dirunding
biasanya lebih murah berbanding tambang kapal kargo.
Kekurangan Kapal Kargo
Tidak sesuai untuk bawa barang pukal
Pelayaran gunakan laluan tetap / hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
Tambang kapal ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
dan tidak boleh dirundingkan
biasanya lebih mahal berbanding tambang kapal kerentan
Perbezaan Kapal Kargo dengan Kapal Kerentan


KAPAL KARGO KAPAL KERENTAN
1. Belayar mengikut jalan dan jadual yang tetap 1. Bebas belayar ke mana-mana dan bila-bila masa

2. Sesuai mengangkut barang tidak pukal seperti perabot, mesin 2. Sesuai mengangkut barang pukal seperti kayu balak

3. Hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
3. Singgah di mana-mana pelabuhan mengikut arahan pencarter

4. Beri tempahan ruang dalam kapal sahaja 4. Boleh sewa seluruh kapal

5. Tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
5. Tambang ditentu di Pasaran Baltik dan boleh tawar menawar

6. Bil muatan sebagai bukti barang diangkut 6. Selain bil muatan, janji carter diperlukan
Kebaikan Pengangkutan Air
Boleh bawa muatan banyak
Tambang lebih murah
Sesuai untuk bawa barang pukal seperti kayu balak dan bijih timah
Lebih selamat sebab kadar kemalangan rendah
Tiada kesesakan lalu lintas
Kos penyelenggaraan sedikit
Banyak pilihan kapal seperti kapal kontena, kapal kargo
Ada kemudahan kontenarisasi - cepatkan urusan kastam
Kekurangan Pengangkutan Air
Tiada serah pintu ke pintu
perlukan pengangkutan lain seperti lori untuk bawa barang dari atau ke pelabuhan
Kerja pemunggahan yang banyak
meningkatkan risiko kecurian dan kerosakan
Perjalanan lambat sampai
Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan pelabuhan / jeti sahaja
Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC)
peranannya;
· Beri kemudahan pengangkutan laut kepada peniaga tempatan untuk mengurangkan pergantungan kepada kapal asing
· Adakan perjalanan tempatan dan antarabangsa bagi menghantar kargo
· Ambil bahagian dalam kontrak perkapalan secara dua hala dengan negara lain
· Tingkatkan penyertaan kapal Malaysia dalam perkapalan antarabangsa
Jabatan Laut
peranannya:
· Daftar dan lesenkan semua kapal dan bot
· Keluarkan perakuan kecekapan untuk pelaut Malaysia
· Wujudkan sistem pelayaran yang efisen
· Selenggarakan pelabuhan
· Pelihara kawasan perairan supaya bebas dari pencemaran
Lembaga Pelabuhan
contoh: Lembaga Pelabuhan Kelang
Lembaga Pelabuhan Kuantan
peranannya;
· kawal lalu lintas di kawasan pelabuhan
· sediakan kemudahan pergudangan seperti Gudang Berbon
· sediakan dermaga dan tongkang
· sediakan kemudahan pemunggahan seperti kren, forklift
· sediakan malim untuk memandu kapal berlabuh
· sediakan bantuan pelayaran seperti rumah api dan boya
· sediakan kemudahan limbungan untuk membaiki kapal
· keluarkan lesen perkapalan kepada kapten kapal dan bot kecil yang belayar di sekitar pelabuhan

PENGANGKUTAN UDARA
terbahagi kepada dua iaitu;
· kapal terbang
· helikopter
Kekurangan
Tambang mahal
Saiz dan berat kargo dihadkan
Tiada serahan pintu ke pintu
perlukan pengangkutan lain Kerja pemunggahan yang banyak
tingkatkan risiko kecurian dan kerosakan
Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan lapangan terbang sahaja
Penerbangan mudah tergendala jika cuaca buruk
Kos penyelenggaraan tinggi
Kebaikan
Sesuai bawa barang mahal dan ringan
kerana kadar tambang tidak dipengaruhi oleh nilai barang
contoh: ekspot berlian dan emas
Sesuai bawa barang yang diperlukan segera
yang memerlukan pengangkutan yang cepat / pantas
contoh: bekalan perubatan dan alat ganti jentera
Sesuai bawa barang yang tidak tahan lama
untuk menjamin agar barang segar dan baik
contoh: bunga dan buah-buahan
Sesuai hubungi kawasan pendalaman – gunakan helikopter
Barang lebih selamat sebab kawalan keselamatan ketat
risiko kecurian kurang
oleh itu kos insurans lebih rendah
Kos pergudangan rendah sebab barang segera dihantar
Ada kemudahan kontenarisasi - mencepatkan urusan kastam
Penerbangan Malaysia (MAS)
Merupakan badan yang ditubuhkan oleh kerajaan yang telah diswastakan
Menyediakan perkhidmatan penerbangan penumpang dan perkhidmatan kargo dalam dan luar negeri
Ada penerbangan khas untuk mengangkut jemaah haji
Jabatan Penerbangan Awam (DCA)
Peranannya;
· Keluarkan lesen dan permit untuk semua jenis pengangkutan udara di Malaysia
· Sediakan perkhidmatan trafik udara
· Sediakan bantuan penerbangan dan kejuruteraan
· Sediakan khidmat bomba dan keselamatan
· Adakan hak pendaratan dan perjanjian penerbangan dengan negara lain
· Sediakan pembangunan lapangan erbang
· Sediakan khidmat kecemasan


Sebab Tambang Pengangkutan Laut Lebih murah daripada Pengangkutan lain
Boleh bawa barang lebih banyak
Kurang guna bahan api berbanding kapal terbang
Tiada kos penyelenggaraan sebab jalan air tidak perlu diselenggarakan / dibaiki
Persaingan hebat antara jenis-jenis kapal mengurangkan kadar tambang
Kos overhed seperti gaji pekerja rendah sebab tidak ramai pekerja berbanding kapal terbang
Lambat sampai

SALURAN PAIP
cara hantar barang jenis cecair dan gas seperti air, petrolium , gas asli dan gas memasak melalui batang paip
Kebaikan
Barang selamat daripada risiko kecurian
Barang segera sampai
Jimat kos pengangkutan kerana tidak guna bahan api
Kos penyelenggaraan rendah sebab kurang berlaku kerosakan
Kekurangan
Kos pemasangan saluran paip tinggi
Penggunaannya terhad kepada barang cecair dan gas seperti petrolium, gas dan air
Kebocoran mengganggu penggunaan dan sukar dibaiki
Petrolium Nasional Berhad (PETRONAS)
Mendapat hak eksklusif / istimewa untuk cari gali, proses dan pasarkan petrolium dan gas di Malaysia
Terlibat dalam pembinaan saluran paip daripada Kertih, Trengganu ke Segamat, Johor dan Singapura
Peranan / objektif:
· cari gali, mengeluar dan mentadbir semua petrolium negara
· pastikan bekalan petrolium dan hasil petrokimia mencukupi dan pada harga berpatutan
· galakkan penglibatan bumiputera dalam industri berasaskan petrolium
· menasihat kerajaan dalam hal ehwal petrolium dan petrokimia
Pengkontenaan
sistem hantar barang guna kontena
kontena ialah peti logam
mempunyai ukuran piawai
Kebaikan guna kontena:
· Jimatkan masa
kerja pemunggahan cepat
barang diangkut sekali gus sebagai satu unit
· Jimatkan tenaga buruh
kurang kerja pemunggahan
barang dipunggah menggunakan jentera khas / kren / forklif
· Kurangkan barang rosak / selamat
terhindar daripada kesan cuaca
· Kurangkan kecurian sebab kontena dikunci
· Kurangkan kos seperti kos insurans, kos angkutan dan kos gudang
kerana pengangkutan sepadu
· Memudahkan hal dokumentasi
· Boleh guna sistem pengangkutan TIR
kontena tidak perlu diperiksa di negara perantara

Kekurangan guna kontena:
· Kos bina kontena tinggi
· Perlukan peralatan khas seperti kren
· Tidak sesuai bawa barang pukal seperti kayu balak, batu bata
· Perlukan sistem pengangkutan bersepadu
Faktor-faktor Pemilihan Jenis Pengangkutan
· Kos pengangkutan
jika ingin jimat kos, pilih pengangkutan yang murah
contoh: Dalam Negeri - gunakan lori, keretapi
Luar negeri - gunakan kapal
· Jenis barang yang dibawa
- jika cecair (petrolium, susu getah) - gunakan pengangkutan khas seperti lori tangki, kapal tangki
- jika mudah rosak (daging, sayur, bunga) - gunakan pengangkutan yang dilengkapi dengan penyetoran sejuk
- jika dalam negeri - gunakan van, lori
- jika luar negeri - gunakan kapal terbang, kapal

· Jarak perjalanan
- jika dekat - dalam negeri - gunakan lori, van
- jika jauh - dalam negeri - gunakan keretapi
- luar negeri - gunakan kapal (jimat kos berbanding kapal terbang)
· Kuantiti, berat dan saiz barang
- jika banyak dan pukal - dalam negeri - gunakan keretapi
- luar negeri - gunakan kapal kerentan
- jika sedikit - dalam negeri - gunakan lori
- luar negeri - gunakan kapal kargo
· Kesegeraan
- jika ingin cepat (ubat, alat ganti, surat khabar) - gunakan kapal terbang, helikopter

· Risiko kerosakan
- jika barang mudah pecah (kaca, tembikar) - perlu pembungkusan rapi dan gunakan van
- jika barang mudah rosak (daging, ais krim) - gunakan van ada awet dingin / setor sejuk

· Nilai barang yang dibawa
- jika barang mahal (emas, wang) - dalam negeri, gunakan van dengan ciri keselamatan
- luar negeri, gunakan kapal terbang
- jika barang murah (pasir, batu) - dalam negeri, gunakan lori, keretapi
- luar negeri, gunakan kapal kerentan
KOMUNIKASI

PERANAN KOMUNIKASI

Memudah dan mempercepatkan proses penyebaran maklumat.
- Contoh : maklumat turun naik harga saham mudah diketahui dengan menggunakan komputer, telefon dan internet.

Memudahkan peniaga menjalankan aktiviti perniagaan.
- Contoh : urusan jual beli barangan boleh dilakukan dengan menggunakan telefon, telefeks atau internet.

Memudahkan kegiatan promosi.
- Contoh : Televisyen merupakan media utama pengiklanan kerana dapat menarik minat ramai penonton.

Meluaskan pasaran barangan.
- Contoh : Perkhidmatan telefon memudahkan proses jual beli jarak
jauh.

Memudahkan pentadbiran dan pengurusan.
- Contoh : bagi syarikat yang mempunyai banyak cawangan di merata negeri boleh mengadakan mesyuarat secara langsung antara pengurus cawangan tanpa bersemuka dengan menggunakan sidang video.

Mengelakkan kerugian dan kerosakan.
- Contoh : Jika diketahui melalui satelit bahawa taufan sedang melanda Jepun, maka penghantaran kargo dari Malaysia ke negara itu boleh ditangguhkan untuk mengelakkan kerosakan.


JENIS-JENIS PERKHIDMATAN KOMUNIKASI

(i) Televisyen dan radio.
(ii) Perkhidmatan Pos.
(iii) Perkhidmatan Telekomunikasi.
(iv) Perkhidmatan Kurier.


PERKHIDMATAN POS.

Terbahagi kepada 3 iaitu :
(i). Perkhidmatan Mel.
(ii). Perkhidmatan kaunter.
(iii). Perkhidmatan Lain.


Perkhidmatan Mel.

Surat.
Poskad.
Aerogram.
Bahan bercetak.
Peket kecil.
Khidmat jawapan perniagaan.
o digunakan oleh peniaga pesanan mel.
o setem dilekatkan

Persuratan untuk orang buta.
o majalah dan buku dalam bentuk Braille

Pos Ekspres.
o menghantar dokumen dengan cepat.
o tidak dilindungi oleh insurans

Pos Daftar.
o hantar barang/dokumen penting di dalam dan di luar negara. - dilindungi oleh insurans.
Bungkusan.
Mel Berinsurans.
o memberi perlindungan bagi surat daftar dan bungkusan yang
§ diposkan di dalam dan di luar negara.
o pampasan akan dibayar jika mel/bungkusan itu hilang

Perkhidmatan Pos Laju.
o menghantar mel, peket kecil dan dokumen dengan cepat.
o serahan dari pintu ke pintu.

Data Pos.
o membantu mengagihkan dokumen secara besar- besaran seperti bil,
§ sijil invois dan penyata akaun.

Mel Terus.
o digunakan oleh syarikat untuk mengiklankan perniagaannya.


Perkhidmatan Kaunter.

Terdiri daripada 3 jenis :

a) Perkhidmatan jualan – jual setem, sampul surat berdaftar, poskad.
b) Perkhidmatan bayaran – bayaran kiriman wang dan wang pos.
c) Perkhidmatan agensi - TNB, ASN, BSN, LUTH.


Perkhidmatan Lain.

i. Pos Restante - Pengembara menggunakan alamat pejabat pos untuk menerima surat.
ii. Peti surat, tiket serahan tingkap dan khidmat beg berkunci.
iii. Frangki - mesin mencetak setem dan tarikh pembayaran pada sampul surat/mel.
iv. Pusat khidmat pelanggan – melayani aduan pelanggan.


PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI

Terbahagi kepada :-
Perkhidmatan lisan
Perkhidmatan bercetak
Perkhidmatan Audiovisual.

Perkhidmatan Lisan.

i. Perkhidmatan Telefon.- untuk individu.
- Panggilan tempatan.
- Panggilan sambung jauh terus dail.
- Panggilan antarabangsa terus dail.

ii. Panggilan tanpa tol.- untuk peniaga.

iii. Sidang Audio.
- mesyuarat antara 2 pihak yang berada di lokasi berbeza.
- setiap ahli perlu bercakap secara bergilir.

iv. Telefon bimbit.

Videofon.
- Telefon dilengkapi dengan gambar video.
- membolehkan pemanggil dan penerima panggilan berbual
Serta melihat wajah pihak yang dihubungi.

vi. Radio Maritim.
- membolehkan panggilan telefon dibuat dari darat ke kapal-
kapal di lautan Atlantik, Hindi dan Pasifik.
- menggunakan satelit marin (MARISAT)untuk
menyampaikan berita serta mesej penting.

Telestok.
- untuk pelabur yang ingin mengetahui harga saham yang di
urusniagakan di BSKL.


Perkhidmatan Bercetak
ii. Telefeks – menghantar maklumat berbentukcarta,
gambar, laporan melalui mesin faksimili.

ii. Teleks - menghantar maklumat menggunakan
mesin teleprinter.

iii. Telegram – menghantar maklumat bertulis
melalui rangkaian telegraf.


Perkhidmatan Audiovisual.

iv. Sidang Video(Video Conferencing).
- menghubungi 2 atau lebih pihak di lokasi
yang berbeza.
- mesyuarat jarak jauh melalui skrin pemancar.

v. Internet.
- rangkaian komputer yang menghubungkan
pelbagai maklumat dengan pantas di
seluruh dunia.

vi. E-mel (Mel Elektronik)
- menghantar maklumat dengan cepat menerusi
rangkaian komputer.

vii. MAYPAC.
- Rangkaian Data Awam Suis Peket Malaysia.
- menghantar dan menerima data melalui komputer.


PERKHIDMATAN KURIER.

Menghantar mel, dokumen dan bungkusan dengan segera seperti
invois, dokumen perjanjian dan laporan di dalam dan di luar
negara. Contoh : EMS, Pos laju Malaysia.

Kelebihan.
o penghantaran cepat dan selamat.
o serahan pintu ke pintu.
o dapat perlindungan insurans.
o menyediakan perkidmatan menghantar Kargo.
o Bagi bungkusan bercukai, syarikat Kurier akan menguruskan segala dokumentasi kastam bagi pihak pengirim.



Kekurangan
· kos tinggi.
· terhad kepada kiriman yang penting dan diperlukan sahaja.


Faktor Pemilihan Jenis Perkhidmatan Komunikasi

Kesegaran.
- jika maklumat diperlukan segera – Teleks,
- telefaks
- internet.
- tidak diperlukan dengan segera - melalui pos.

Jenis maklumat.
- berbentuk lisan – telefon.
- Grafik dan carta – mesin faksimile.
- Bahan bercetak - pos.
- Polisi insurans – kurier dan mel berinsurans.

Kos.
- mengikut kemampuan syarikat.
- Perkhidmatan kurier lebih mahal daripada Perkhidmatan pos
biasa.

Mudah didapati dan berhampiran.
- contoh: telefon dan pos mudah didapati.

Jarak.
- jarak dekat – gunakan pos.
- jarak jauh - mel udara, faksimile,internet, teleks.
















PERGUDANGAN


1. Maksud pergudangan -1 aktiviti simpan barang sebelum di bawa ke pasaran

2. Enam peranan pergudangan a. Jamin bekalan barang berterusan
-2 bagi barang bermusim seperti padi

b. Bantu stabilkan harga barang
-3 selaraskan permintaan dan penawaran

c. Elakkan kerosakan dan pembaziran
-4 barang mudah rosak seperti ikan/ daging dapat disimpan dalam gudang penyetoran sejuk

d. Jamin keselamatan barang
-5 gudang dilengkapi dengan alat penggera kecurian/kebakaran

e. Bolehkan aktiviti pecah pukal dilakukan
-6 seperti menyukat/menggred

f. Membantu perniagaan antarabangsa
-7 tempat simpanan sementara untuk barang import @eksport/ simpan barang import yang cukainya belum dibayar

3. Kelebihan gudang berbon kepada peniaga -8 Boleh tangguhkan pembayaran cukai import

-9 Boleh bayar cukai secara beransur-ansur

-10 Elakkan modal pusingan terikat dengan stok

-11 Boleh cagarkan barang untuk pinjaman

4. Kelebihan gudang berbon kepada kerajaan -12 mudahkan kutipan cukai

-13 menjadi sumber maklumat kepada data import dan eksport

-14 dapat atasi masalah elak cukai dan penyeludupan

-15 dapat kawal kemasukan barang larangan








5. Enam ciri gudang yang baik a. Lokasi strategik
-16 berhampiran dengan pembekal/peruncit
-17 terletak di lapangan terbang / pelabuhan
-18 terletak di tempat mempunyai sistem pengangkutan/komunikasi yang baik

b. Ruang yang mencukupi dan susun atur yang kemas
-19 mudah lakukan aktiviti pecah pukal
-20 mudah guna kenderaan pengangkut seperti fork-lift
-21 mudah pembeli meneliti barang yang dipamerkan

c. Mempunyai peralatan mencukupi/canggih
-22 seperti trak angkut susun (fork-lift)/tali sawat penyampai (conveyor belt)

d. Mempunyai ciri keselamatan
-23 seperti sistem penggera kebakaran/alat pencegah kecurian

e. Pengurusan gudang yang cekap
-24 mempunyai kakitangan yang mahir
-25 mempunyai sistem maklumat berkomputer

f. Kesesuaian gudang dengan jenis barang
-26 barang mudah rosak seperti ais krim /ikan disimpan dalam gudang penyetoran sejuk

6. Jenis gudang Rujuk Jadual Jenis Gudang
















Jenis Gudang


Bil Jenis Milikan Lokasi Jenis barang yang disimpan
1. Gudang pengilang Pengilang Berhampiran kilang Bahan mentah dan barang siap

2. Gudang pemborong Pemborong Berhampiran pembekal/peruncit Barang siap yang dibeli secara pukal

3. Gudang peruncit Peruncit besar-besaran seperti pasar raya/ gedung aneka jabatan
Berhampiran premis perniagaannya Barang siap yang dibeli secara pukal
4. Gudang kerajaan Agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) / Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) / Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)
Terletak di kawasan yang sesuai dengan penubuhannya .
Contoh: Gudang FAMA di kawasan pertanian/ Gudang LKIM di kawasan pendaratan ikan/ gudang BERNAS di kawasan penanaman padi Barang-barang yang berkaitan dengan agensi tersebut.
Contoh:
Gudang FAMA – barang pertanian/ Gudang LKIM – ikan/ Gudang BERNAS - beras
5. Gudang berbon Gudang kastam – milik kerajaan
Gudang berlesen – milik swasta
Di lapangan terbang /pelabuhan Barang bercukai yang belum dijelaskan cukainya
6. Penyetoran Sejuk Pengeluar/ pemborong/ syarikat swasta / agensi kerajaan Berhampiran dengan tempat pengeluaran/ di lapangan terbang/ pelabuhan Barang mudah rosak seperti ikan /daging









PROMOSI

Maksud Promosi
- satu proses memberitahu , memujuk dan mempengaruhi pelanggan
- menyedarkan pengguna tentang barangan
- menjadikan pengguna setia kepada barangan yang ditawarkan

Peranan Promosi
- Menyampaikan maklumat
memberitahu kewujudan barang dipasaran
maklumat spesifikasi barang, kegunaan, harga dan pengeluar

- Mewujudkan pasaran baru
menyedarkan pengguna tentang barang baru
menarik minat membeli dan mengguna

- Mengekalkan pasaran sedia ada
mengingatkan pengguna kepada jenama
mewujudkan pengguna setia

- Meningkatkan dan meluaskan pasaran
membantu penyebaran maklumat kepada lebih ramai pengguna
menggunakan media yang liputan siarannya luas

- Memujuk dan mempengaruhi pembeli
menggunakan aktiviti dan teknik promosi yang menarik

- Memantapkan imej barang dan syarikat
barang menjadi lebih popular dan mendapat perhatian kerana dikaitkan dengan imej pengguna

- Mengatasi pesaing
mengelakkan pengguna sedia ada dan baru mudah lupa dan beralih menggunakan barangan pesaing

Promosi dalam Pemasaran.

- Strategi Pemasaran
Sasaran pasaran – kumpulan pengguna yang cuba dipengaruhi
Campuran pemasaran – gabungan unsur penting pemasaran
Ø Produk – menghasilkan barang berorientasi pengguna
menepati cita rasa, keperluan dan kehendak
pengguna
Ø Harga - disesuaikan mengikut keadaan pelanggan,
persaingan, kos pengeluaran dan keuntungan
yang ingin diperolehi
Ø Promosi - ditumpukan kepada kumpulan sasaran
menyedarkan pengguna tentang kewujudan
barang menyampaikan maklumat, menarik
perhatian, meyakinkan dan mempengaruhi
pengguna
Ø Agihan - dihantar tepat pada masa ke tempat barang diperlukan.

Jenis Promosi.

- Pengiklanan
· Memperkenalkan barangan baru
· Mengingati sesuatu barangan
· Mengekalkan pasaran barangan
· Barangan lebih popular
· Imej yang lebih baik
· Mempengaruhi, memberitahu dan memujuk pengguna
· Mendapatkan maklumat sesuatu barangan

Ø Iklan berkesan mempunyai unsur pujukan menjadi gaya tarikan yang dirancang dalam sesuatu mesej iklan.

Ø 3 jenis gaya tarikan iklan

§ Pujukan Rasioal
- Mengaitkan sesuatu pembelian dengan
kepentingan peribadi pembeli.
- Pembelian barang dikatakan lebih
berfaedah, berkualiti, bernilai,
kesihatan, penjimatan

Pujukan emosi
- Menimbulkan perasaan positif supaya
orang ramai terdorong membeli.
- Mesej iklan ada unsur rasa kasih
sayang, takut, malu, bangga, gembira,
mengikis perasaan bimbang

Pujukan moral
- Sikap orang ramai tentang perkara
yang benar dan lebih wajar dilakukan.
- Mesej iklan
tentang kebersihan alam sekitar, perpaduan,
persamaan hak, amalan tolong-menolong

Jenis Iklan

Iklan penerangan
- memperkenal jenama baru dipasaran
- ada maklumat harga, kegunaan, cara guna,
keistimewaan barangan
- elak keraguan pengguna

Iklan memujuk
- persaingan sesuatu barangan semakin
hebat di pasaran
- bentuk keyakinan pengguna
- terang kelebihan jenama, bandingkan
dengan jenama lain
- menjadi iklan bertanding

Iklan mengingat
- pengguna sentiasa mengingat sesuatu
jenama
- disiarkan berulang-ulang
- barangan telah lama di pasaran

- Promosi Jualan

cara galakan jualan bagi tempoh yang singkat
bantu tarik pelanggan baru
galakkan pengguna membeli
barangan dikenali, kekal dan atasi pesaing

Ø Promosi Pengguna
- mendorong pengguna membeli
- pengguna ditawarkan sample percuma, kupon
hadiah, potongan harga, pertandingan

Promosi pengedar
- pemberian insentif kepada pemborong dan
peruncit supaya menambah pengedaran dan
jualan
- pengedar ditawarkan diskaun, barang
percuma, hadiah wang, pertandingan jualan

Promosi jualan
- galakkan jurujual menjual secara lebih
berkesan
- insentif diberi – bonus, komisen, peraduan
- tempoh promosi jangka masa pendek

- Jualan Terus
kaedah promosi sesuatu barangan secara peribadi
melalui jurujual
caranya – system parti, pergi dari rumah ke rumah
wakil syarikat menerangkan, memujuk, meyakinkan pengguna
jurujual diberi komisen, diakaun
jurujual dan pengguna berkomunikasi dua hala
pengguna Dapat layanan peribadi
jurujual Sesuaikan cara penyampaian maklumat, teknik memujuk
jurujual tahu reaksi pengguna

- Publisiti
Penyebaran maklumat menerusi media secara percuma
Bayaran siaran ditanggung oleh syarikat media
Pengeluar tidak tanggung kos penyiaran
Tujuan beritahu barangan baru, keistimewaan
Maklumat dikawal syarikat media
Kelebihan - Jimatkan kos promosi, lebih diyakini, liputan lebih luas, jalin hubungan baik dengan orang ramai
Kelemahan – berita terhad, maklumat tak jelas, kritikan media, masa siaran tidak sesuai, sukar dirancang

5. MEDIA PENGIKLANAN

JENIS MEDIA PENGIKLANAN

AKHBAR/MAJALAH
Liputan lebih luas
Kos murah berbanding yang lain
Boleh sertakan gambar/peneranan
Boleh dibuat secara warna warni
Boleh dibaca berulang kali
Boleh pilih ruang/mukasurat

HALAMAN KUNING
· Ruang iklan di buku panduan telefon
· Mudah untuk pelanggan
· Disusun ikut abjad

TELEVISYEN
Liputan luas
Ada gambar dan penerangan lengkap
Boleh diselitkan muzik
Lebih berkesan sebab audio visual
Boleh pilih masa siaran
Boleh menaja rancangan

POSTER/PAPAN TANDA/ SEPANDUK
· Kos murah
· Menarik perhatian pengguna
· Boleh pilih sasaran pasaran

RADIO
Liputan luas
Penerangan lengkap
Boleh diselitkan muzik
Boleh disiarkan bila-bila masa
Boleh taja rancangan

INTERNET
· Liputan luas ke selruruh dunia
· Boleh masukkan kesan animasi/audio visual
· Boleh terus pesan barang on line
· Kos murah jika pandai bina laman web sendiri

LAMPU NEON
Cantik dan menarik
Jelas pada waktu malam
Boleh jadi pandu arah kepada pengguna
Boleh guna untuk tempoh lama

PAMERAN/EKSPO
Sampai ke sasaran pengguna
Pengguna boleh cuba barang dan Tanya
Boleh kesan masalah pengguna
Hubungan 2 hala dengan pelanggan

PEMILIHAN MEDIA PENGIKLANAN

Faktor Pemilihan Media Pengiklanan

Jenis dan sifat barangan
* barangan teknikal - televisyen, pameran, internet
- perlu penerangan dan tunjuk ajar
* barangan baru - sampel percuma
* barang perhiasan - majallah wanita
* perkakas dapur - pameran, ekspo
- perlu tunjuk ajar jurujual
* perkhidmatan pelancongan – iklan akhbar/risalah




Kos Pengiklanan
* ikut kemampuan peniaga
* peniaga kecil-kecilan - media murah
- papan tanda/risalah
* syarikat besar - media mahal
- televisyen/ akhbar/ majalah

Tujuan Pengiklanan
* akhbar - matlamat sampaikan maklumat ke seluruh negara
- barangan baru
* sampel percuma dan borang maklum balas
- ingin tahu sambutan orang ramai
* televisyen/radio/internet
- untuk atasi pesaing
- menarik dan liputan luas

Saiz Perniagaan
* syarikat besar
- media mahal
- televisyen/akhbar
* perniagaan kecil-kecilan
- media murah
- risalah/poster/sepanduk

Sasaran Pengguna
* golongan pengguna yang diharapkan membeli
* sampai mesej kepada golongan yang betul
* peralatan sukan - majalah sukan
* barang kemas - majallah wanita

Luas Pasaran
* barangan pasaran - risalah/papan
* setempat tanda/poster/sepanduk
* pasaran seluruh negara
- televisyen/akhbar negara
* pasaran antarabangsa
- televisyen setelit/internet
- majallah antarabangsa

Dasar Kerajaan
* peraturan mesti dipatuhi
* penentuan saiz, kandungan, jenis iklan,
* arak dan rokok dilarang dalam iklan tv
* dapat kebenaran – Akta Kerajaan Tempatan



PERANAN KERAJAAN

PERANAN KERAJAAN BAGI MEMBANTU PENIAGA

Menyediakan penyelidikan dan pembangunan
MARDI - dibidang pertanian
LEMBAGA GETAH MALAYSIA (MRB) - untuk getah
LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA (MPOB) – industri sawit
SIRIM - untuk industri teknologi tinggi
FRIM - untuk perhutanan
LKIM - untuk ikan

Menyediakan perundangan perniagaan
Contoh akta:
Akta Jualan Barangan
Akta Sewa Beli
Akta Perihal Dagangan
Akta Kawalan Harga
Akta Timbang dan Sukat

Menyediakan Latihan dan Pengurusan
Supaya peniaga berkemahiran dan cekap
Contoh Agensi:
MARA
NPC – Perbadanan produktiviti

Menyediakan kemudahan infrastruktur dan ruang niaga
Contoh :
Menyediakan bekalan elektrik/air/telefon
Bazar/ruang niaga/kilang untuk disewa
Contoh Agensi:
MARA
UDA HOLDING
PKEN

Memberi Insentif Pelepasan Cukai
Taraf perintis –pengecualian cukai untuk tempoh tertentu
Pengecualian cukai –tak perlu bayar cukai
Elaun cukai pelaburan

Menyediakan Kemudahan Pembiayaan
Memberi bantuan modal /pinjaman
Contoh Agensi : MARA
Bank Pertanian / Bank Pembangunan dan Infrastruktur

Lawatan Dagangan Keluar Negara
Untuk megadakan hubungan 2 hala
Buat perjanjian dagangan
Contoh Agensi: MATRADE / MITI
KONSUMERISME


1. Maksud Konsumerisme -2 Satu perjuangan bagi melindungi hak dan kepentingan pengguna
-3 Satu usaha bagi menyedarkan pengguna tentang hak mereka supaya taraf hidup meningkat

2. Matlamat Konsumerisme -4 melindungi hak pengguna
-5 mewujudkan iklim perniagaan yang harmoni
-6 membina kualiti kehidupan yang lebih baik

3. Maksud pengguna -7 orang yang menggunakan barang untuk penuhi keperluan dan kehendak

4. Amalan perniagaan yang tidak sihat -8 letak harga tidak berpatutan
-9 buat iklan mengelirukan
-10 tawar barang berkualiti rendah
-11 jual barang yang tidak selamat

5. Hak pengguna a. Hak mendapat keperluan asas
-12 makanan/pakaian

b. Hak mendapat keselamatan
-13 dilindungi daripada kesan yang boleh membahayakan kesihatan
-14 contoh: racun makhluk perosak / ubat-ubatan

c. Hak mendapat maklumat
-15 fakta lengkap sesuatu barang supaya tidak tertipu

d. Hak membuat pilihan
-16 Dapat pelbagai barang berkualiti berdasarkan citarasa

e. Hak mendapat ganti rugi
-17 berjumpa sendiri dengan peniaga /mengadu kepada persatuan pengguna

f. Hak bersuara
-18 secara peribadi / perwakilan

g. Hak mendapat pendidikan pengguna
-19 melalui ceramah / forum

h. Hak mendapat alam sekitar yang sihat
-20 kerajaan gubal akta seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 / Akta Racun Mahkluk Perosak 1974
6. Lima Tanggungjawab pengguna a. Kesedaran mengkritik
- boleh membuat aduan
b. Penglibatan dan tindakan
- bergiat aktif dalam persatuan pengguna / khidmat sosial
c. Tanggungjawab sosial
- Memberi derma kepada orang miskin/tua
d. Tanggungjawab alam semulajadi
- tidak membuang sampah di merata tempat / tidak menebang pokok sesuka hati
e. Bersatu padu
- supaya wujud kekuatan / pengaruh untuk jayakan perjuangan

7. Enam Tanggungjawab pengeluar a. Praktikkan amalan perniagaan yang baik
- tidak menipu/ jual barang berkualiti
b. Amal pengiklanan yang beretika
- iklan mesti tepat / tidak mengaitkan jenama produk lain
c. Sedia terima rungutan
- kaunter khidmat pelanggan / kaunter aduan
d. Membantu menyebarkan pendidikan konsumerisme
- melalui seminar/forum
e. Memelihara alam sekitar
- menggurangkan penggunaan bahan yang mencemarkan
f. Menjalankan tanggungjawab sosial
- memberi derma/ biasiswa

8. Lima prinsip asas membeli dengan bijak a. Menentukan jenis barang
- barang keperluan atau kehendak
b. Menentukan sebab membeli
- untuk memenuhi keperluan/menunjuk-nunjuk
c. Menentukan masa membeli
- masa tawaran istimewa/ musim perayaan
d. Memilih tempat membeli
- lokasi berhampiran
- menawarkan pelbagai barang
- harga berpatutan dan barang berkualiti
- sikap jujur dan layanan mesra
- ada kemudahan seperti ruang makan/tandas
e. Mengetahui teknik membeli
- buat perbandingan harga
- tengok kualiti barang
- periksa kuantiti barang
- tahu tarikh luput
- ada jaminan jualan

9. Peranan kerajaan dalam melindungi pengguna a. Tubuh kementerian yang menjaga hal-ehwal pengguna
-21 iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna
b. Beri kesedaran tentang konsumerisme
- melalui ceramah /kempen
c. Wujudkan akta/peraturan
- Peraturan Makanan 1985/Akta Perihal Dagangan 1972
d. Tubuh kementerian / jabatan untuk kuatkuasa undang-undang
- Kementerian Kesihatan/Jabatan Alam Sekitar

10. Agensi lain dan peranannya dalam melindungi pengguna
a. Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK) @ Majlis Pengguna
- Nasihat kerajaan tentang hal-ehwal perlindungan pengguna
- Elakkan penyelewengan dan ketidakadilan amalan perniagaan
- Beri pendidikan konsumerisme melalui risalah /tv
- Wujudkan petugas yang dapat bantu selesaikan isu-isu kepenggunaan
- Menerbitkan Kod Etika Amalan Perniagaan

b. Tribunal Tuntutan Pengguna
- Mudahkan pengguna membuat tuntuan gantirugi dengan cepat ,mudah dan murah
- Jadi saluran alternatif selain Mahkamah Sivil untuk menuntut gantirugi
- Dengar jumlah tuntutan yang tidak melebihi RM10,000

c. Persatuan Pengguna
- Terima dan siasat aduan pengguna
- Jalankan penyelidikan dari segi kualiti/keselamatan
- Beri laporan melalui penerbitan majalah/berita
- Adakan pendidikan kepenggunaan melalui bengkel/forum

d. Persatuan Pengeluar
- Pastikan ahli mematuhi kod etika berkaitan dengan pengeluaran/persaingan
- Adakan kempen membeli barang buatan tempatan

e. Persatuan Profesional
- Pastikan ahli patuhi garis panduan profesion masing-masing

f. Persatuan Peniaga
- Ingatkan peniaga agar mematuhi peraturan yang berkaitan dengan perlindungan pengguna / jujur dengan pengguna
- Sediakan kod etika mengenai jualan

11. Etika Amalan Perniagaan -22 diperkenalkan tahun 1982
-23 digubal oleh Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK)
-24 bertujuan mewujudkan perpaduan di kalangan peniaga, pengeluar, pengguna dan kerajaan
-25 mempunyai 5 prinsip:
§ Kenalpasti dan akui hak-hak pengguna
§ Tidak menyampaikan maklumat yang mengelirukan
§ Patuhi prinsip perniagaan secara adil
§ Tidak burukkan pesaing
§ Amal perniagaan yang jujur
-26 mengandungi Etika Penjual dan Etika Pembeli

12. Etika Pembeli
(mengandungi dua tanggungjawab pembeli) a. Tanggungjawab terhadap penjual
- patuhi syarat kontrak
- jelaskan hutang mengikut tempoh
- tidak boleh paksa penjual sediakan perkhidmatan yang melebihi bayaran
- tidak menawarkan harga terlalu rendah sehingga peniaga rugi
- tidak kembalikan barang tanpa alasan yang kukuh/ tanpa tunjuk kad jaminan
- amalkan sifat sopan santun
- beri pandangan untuk tingkatkan kualiti barang

b. Tanggungjawab terhadap masyarakat
- libatkan diri dalam persatuan pengguna
- jaga persekitaran tempat tinggal/ pelihara alam sekitar
- elak aktiviti pembakaran secara terbuka/ yang cemarkan alam sekitar
- tidak sebarkan khabar angin seperti kenaikan harga barang/ kekurangan bekalan




13.
Etika Penjual
(Mengandungi enam tanggungjawab penjual)
a. Tanggungjawab terhadap pekerja
- jaga kebajikan pekerja dengan kemudahan tempat tinggal/pengangkutan
- beri bimbingan /latihan untuk meningkatkan produktiviti
- memberi ganjaran setimpal seperti gaji/bonus

b. Tanggungjawab terhadap pelanggan
- sediakan barang berkualiti
- sentiasa berusaha tingkatkan kualiti barang
- tepati keperluan dan kehendak pengguna
- jual barang pada harga berpatutan
- bermaklumat yang lengkap
- adakan kempen promosi yang jujur
- sediakan khidmat lepas jualan / khidmat nasihat
- beri layanan sama rata

c. Tanggungjawab terhadap pemodal
- maklumkan kedudukan pelaburan / perniagaan
- beri kadar pulangan yang memuaskan
- jalankan pengurusan yang cekap

d. Tanggungjawab terhadap pembekal
- layanan adil kepada semua pembekal
- patuhi segala syarat kontrak
- berusaha jual barang dengan segera
- amalkan ‘sistem payung’
- pastikan syarat kontrak jelas

e. Tanggungjawab terhadap masyarakat
- pelihara alam sekitar
- guna sumber yang manfaatkan masyarakat
- beri sumbangan kepada pembangunan / penyelidikan melalui biasiswa / subsidi

f. Tanggungjawab terhadap kerajaan
- bayar cukai
- sedia peluang pekerjaan
- guna sumber bahan mentah tempatan dengan cekap
- adakan rundingan dengan kerajaan mengenai penggubalan / perlaksanaan dasar



SELAMAT MAJU JAYA